Friday, December 14, 2012

Officially a degree holder ^^


Assalamualaikum! yeayyy sudah grad dengan jayanya!
I am officially a degree holder in Physics.
Aku grad on 6th December 2012. Istiadat ke 21. 2nd last tahu. haha

erm. bajet la ni. sila hirau.

7th December 2012.
Aku ke UiTM lagi sebab nak pulangkan jubah dan snap gambar mane boleh la. Seronok jumpa kawan- kawan lagi. Uhuk. Nangis la aku pasni. Dah tak jumpa mereka dah.
Memula aku meet up dengan Aesya Zealous . Sian die sorang- sorang pi tangkap gambar backdrop tu. Sungguh cekal dirimu sahabat. 
Lepas pulangkan jubah, hang out ngan beliau kat kedai D'Hati. Aisey nostalgia la kedai tu. Bak kata Aesya, kedai tu charge orang based on appearance. Orang badan besar je kene mahal. Cet apekah.
Dan bile aku nak pulang, beliau hadiahkan aku ni


DOMO-KUN!!!


 

Yang belah kiri tu patung yang sekali ngan bunga ayah bagi time konvo semalamnye. Hee dorang bole jadi kawan. Sama besar je dorang ni hehe. 


Ok fine. Domo-kun sama besar dengan muka aku. ouhhh



Motif ade kucing? haha. Ntah. Die yang tetibe baring situ.

So terima kasih kat Aesya sebab bagi gift yang comel ni. hee..
Sebenarnya dia ada jual Domo-kun 3D ni kat blog dia yang lagi satu
Barang yang dia jual comel comel n murah murah tau. Yang terbaru die buat phone case and camera case. Comel dowh. Warna warni. Meriah kalo nak bagi gift untuk orang atau untuk diri sendiri. Die buat handmade sementara tak ada kerja lagi. haha. Murni niatnya haha.

So again. Thank you Aesya Zealous and also happy graduation to you too^^

P/s: jangan marah ek cik aesya. nanti kebaya tak muat. ngeh3








Friday, November 30, 2012

Konvo! Konvo! Weee~


yeay i'm graduating!



Jualan Gudang Karangkraf yang murah murah!


Assalamualaikum w. b.t

Alhamdulillah. Tadi settle sudah proses ambik jubah di DATC UiTM Shah Alam. Queue bapak panjang. Nasib baik sempat ambil sebelum hujan. Hoho
Sebelum tu, aku, aesya dan najwa sempat pergi ke pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15. Ada jualan gudang buku. Lagipun kita orang nak jalan- jalan sebelum pergi ambil jubah. Hoho dating sesama member.
Jualan gudang Karangkraf ni start hari ni, 30 November 2012 sampailah hari ahad, 2 Disember 2012.




MURAH GABAN BUKU- BUKU KAT SANA

Serius. Aku dah caps tu. Bila aku tengok buku tebal- tebal dengan harga rm5 wallet nipis aku macam tiba- tiba jadi tebal. Ajaib sungguh. Tu baru buku yang tebal. Yang nipis, alahai. Murahnya.
Aku macam teringin juga beli buku penanaman- penanaman sayuran ni. Ada penanaman cili, penanaman terung, keladi. Syok woo. Aku dah la serupa petani moden dah semenjak jobless lepas habis sem hari tu. Murah- murah dan melambak-lambak pula tu.

Novel pun murah- murah juga. Ada yang 50%, 30%. Aku tengok novel- novel ni. Erk. Pening aku tengok buku tebal- tebal tak ada gambar ni. 

TAPI

Bila aku tengok queue cashier, aku terus tak jadi beli. *padahal masuk-masuk gudang je terus nampak cashier full. Kih3  Ramai gaban. Dah macam kat Popular masa dapat baucar dulu. Tu pun ade ampun lagi sebab ada air-cond. Kalau tak pun. Bayangkan scene di GSC Mid Valley hari ahad. Yeap yeap.

Ada la bebarapa gambar untuk menggambarkan keadaan kat sana.











So sila la berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf. Sampai hari ahad je tau! Lepas hari ahad nanti dah tak murah dah. Dinasihatkan untuk parking kat dalam terus. Kita orang tadi poyo je park jauh- jauh. Bajet tak ada parking. Padahal depan gudang tu terang- terang ade lebih kurang 10 spot kosong lagi =.='' nasib baik tak parking luar. Oh ya. Kad kredit boleh pakai di sana ^^. 

Jakun akan DL

Assalamualaikum. weeee hello there long time no ngapdate. hoho

when i saw Adiy's blog update about this anugerah saintis muda, i was pulled to show off too. hehe bukan apa, aku JAKUN.

HAHA

Orait. pada yang tak tahu. *bajet org nak ambil tahu.
Anugerah Saintis Muda ni Anugerah Dekan Fakulti.

GET IT?

kenapa aku tulis aku JAKUN? hehe. sebab ni la first aku dapat DL.
aku dapat DL sem 6. haha dari 3 tahun = 6 sem aku belajar kat UiTM Shah Alam, ni la satu- satunya aku dapat anugerah. sedih jugak rasanya. haha tetiba.

member aku siap malas nak pergi lagi. almaklumla budak dekan tiap sem. bagi aku yang first time DL ni, inilah masanyaaaaaa.. ahahaaa poyo lebih.



p/s: aku rasa penulisan aku hampagas sejak kebelakangan ini. dan aku rasa post ni sangat syok sendiri. i'm sorry. ngee

Saturday, November 10, 2012

Always



It was always you
Falling for me
Now there's always time
Calling for me
I'm the light
Blinking at the end of the road
Blink back to let me know





Saturday, September 1, 2012

salam aidilfitri dan salam kemerdekaan ke- 55

assalamualaikum. agak terlambat. dah. dah 14 syawal pon hah. hahaa

SALAM LEBARAN AIDILFITRI
DAN
SALAM MERDEKA^^


raya, raya gak. mesti ramai yang dah melantak macam macam kan belas2 syawal ni. sampai perut tu memang dah tak terkejut la disogok ngan makanan yang sedap sedap tu. 
tapi, sila la ingat pada mereka yang beraya ngan bom, ak-47, guns n weapons tu. dorang tu x de feel dah agaknya  nak happy happy sempena aidilfitri ni. huhu


sesetengah mereka masih belum merdeka.


Thursday, June 14, 2012

=.=




Fed up.
Uhh memang fed up. Perasaan yang tak habis habis dan tak hilang hilang sejak 3 bulan lepas. Sebab hal tu setiap kali aku fikir aku akan mengeluh. Mengeluh tu tak baik tau. Tak pasal pasal carbon dioxide bertambah kat Malaysia sebab aku mengeluh sentiasa.

Salah.
Banyak kot salah aku. Sampai semuanya tak sebelah aku langsung. Aku agak la. Tak tenang dibuatnya. Bak kata group jambu tu ape pon tak boleh. Mungkin patut lebih berusaha. Yelah. No pain no gain kan. Lebih pain dari gain ni. Aku agak la.

Menyesal.
Menyesal tak aim awal awal apa yang aku nak. Menyesal tak nampak apa yang aku nak. Menyesal ni. Menyesal tu. Menyesal there there there. Menyesal sebab aku dah habiskan masa kat benda yang tak sepatutnye. Menyesalnye!

Apa yang nak aku buat sekarang ni.
Siapkan ape yang tertinggal. Fokus. Dan siapkan semuanya sekali.

Wednesday, June 13, 2012

Wednesday, June 6, 2012

eye-cleaning

Howdy!!!
Baru baru ni aku terpikat ngan mamat ni. comel gile. senyuuuuummmm je. tak sangka die cute beb!


Kenal tak?

yang tepi kiri sekali tu..


beliau la PARK JI SUNG! a soccer player who plays for Manchester United. midfielder kalo tak silap aku check google tadi. malas nak tengok balik.

alkisahnye tadi aku tengok running man. park ji sung jadi guest. 
so..
the rest is history. 
HAHAHA


p/s: exam da nak dekat. deadline thesis pon. argh! 

park jisung dah jadi player QPR la skarang. hehe





Saturday, May 26, 2012

craving for those red, fresh, cold..


Assalamualaikum w.b.t
and howdy to all.

hari ni. aku. laparkan dessert. warrghh!!


me want a box of those freshly strawberries..

me want a box of ice cream..



and make this.

or this

ME WANNTTTTTTT!!!!




Wednesday, May 23, 2012

Post takziah buat rakan blog.

Assalamualaikum w.b.t

Post hari ni. tader wordless wednesday. just ucapan takziah buat rakan blog yang baru je aku ngan kawan aku jumpa masa pra tonton filem berani punya budak pada 13 April 2012 yang lepas.

Takziah buat awak, Ammar Yasir


Pukul 1.20 pagi tadi beliau dapat mesej mengatakan rumah beliau di Dungun, Terengganu musnah dijilat api. 100% beb.


Nak tahu lebih lanjut sila ke blog beliau di post Rumah Terbakar

Aku tau aku tak banyak follower. Tapi aku tetap rasa simpati dan ada keinginan nak tolong member. So, sebarang bantuan boleh la disumbangkan ke nombor akaun beliau,


CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Thursday, May 17, 2012

Wednesday, May 16, 2012

Solidarity with Palestinian Prisoners on Hunger Strike

Assalamualaikum wbt.

Credit pada diri sendiri. haha


Sebagai satu tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang mengadakan mogok lapar selama 28 hari (ada yang 78 hari) dan mengingati 64 tahun Hari Nakbah atau the Nakba Day (hari British serah Palestin to Israel huhu), ramai yang dah tukar default picture (DP) mereka di FB, dan Twitter jugak kepada pic melambangkan tahanan palestin berpakaian serba coklat (baju tahanan dorang).

Aku bukak FB pun mula mula agak terkejut. Awat sume coklat je ni. Bila dah tau cerita, mula rasa kagum dan prihatin. Lama lama makin ramai. Macam pic kat atas tu. Ramai jugak yang concern tentang Palestinians ye. Terharu.

Bersyukur tak aku tinggal di Malaysia? SANGAT WEH. Well I bet you all pun sangat jugak ean. Rasa nak tolong sangat sangat saudara kita kat sana nun. Nak jadi 'Ironman dan tembak semua orang jahat pakai tangan berlubang yang berkuasa tu.

Hmm..

Teringin nak tukar profile pic jugak. Tapi memandangkan aku bukak FB pon beberapa kali je.. Plus malas lagik... Aku tak tukar lagi. Maybe nanti. huhu.

 Alasan. 

mmm.. yeap.. Ok bye.

P/s: Penulisan aku sangat teruk. Heat stroke maybe. Perasan tak sekarang musim panas agaknya. Aku cepat pancit dan penat dan mengantuk. Atau mungkin aku mengalami kegemukan.



Sunday, May 6, 2012

Si Putih yang gemok setiap 6 bulan sekali

Assalamualaikum w.b.t

Ini PUTIH. Putih kucing aku. Sejak dulu lagi, setiap sem die pregnant. Subur betul. Tapi sayang. Anak die yg banyak2 dilahirkan tu banyak yang tak kuat dan tak dapat survive. Sekarang ni pon tinggal beberapa je. 


Putih kadang2 suke tidur secara gimnast sekali. Walaupun begitu, Putih tidak suka tidur bersama tuannye. Bajet hot kunun. Putih mesti tidur kat dapur. Jaga rumah kot daripada tikus. 

Putih tak suka orang pegang2 dia. Nanti muka dia automatik jadi macam nenek kebayan, mata bagai nak keluar laser dan telinga dia akan meruncing kebelakang. Marah beno gamaknye. Ekor dia juga akan menghentak hentak tanda protest.

Putih tak mengiaw. Kecuali masa nak makan dan nak labouring. Kalau letak dia atas badan, nanti dia akan stay kejap je. Pastu cabut. Putih juga suka makan cekodok dan lempeng. Saya sayang Putih. 


Putih tengah pregnant lagik. Go Go Putih!

Ps: Aku serius tak tahu nak post ape.

Saturday, April 14, 2012

Aku tak boleh la...

Aku memang tak boleh la kalau tetibe nampak gambo kucing aku kat blog Kak Nurul. Rase nak jerit je meeeoowwww!! dan lari lari satu umah. 





putihhhhhhhhhhhh awat lagu ni rupe ko tido??

Credit gambo comot n putih : kak nurul

BYE

Friday, April 13, 2012

Pratonton BERANI PUNYA BUDAK


Assalamualaikum^^  semalam, 13 April 2012 bertempat di Cathay Cineplex kat Curve telah berlangsungnya majlis pratonton tayangan filem BERANI PUNYA BUDAK arahan, lakonan, dan sumenye die.
The one and only, Afdlin Shauki.MySpace

Mengisahkan perjalanan hidup Suhami Abdullah aka Tong (Afdlin) dan adik iparnya B (Mike B) di Thailand yang di buru kumpulan kongsi gelap hingga membawa mereka ke Malaysia.

Keseluruhan. Dubbing die kelakar gile! Boleh tahan jugak. Boleh dibanggakan. Lagi lagi sebab Malaysian yang buat. Afdlin ade cakap, motif dia buat cerita ni just nak bagi orang have fun, aside from nak cedok pengalaman berkerjasama dengan pembuat filem di Thailand and one day dia nak buat cerita silat aksi buatan Malaysia sendiri. COOL gile.


Filem ni akan mengganas di pawagam pada 26 April 2012 ni. Rawr!

credit : akuareal.com

Oh ya, aku, AesyaZealous dan Ammar Yasir di jemput sebagai wakil media. hehe.
Sekitar pratonton tu, sempat la snap beberapa pic.


bloggers^^

Adibah Noor as the MC


Riezman Khuzaimi

With Amir RL

Pengarah, Afdlin Shauki.

So aku rase sesape minat action-comedy-ganas boleh la tengok filem ni. Oh ye. Filem ni untuk 18 tahun ke atas je. Serius. Some of the scenes memang ganas.
Selamat ke pawagam! ^^