Friday, November 30, 2012

Jualan Gudang Karangkraf yang murah murah!


Assalamualaikum w. b.t

Alhamdulillah. Tadi settle sudah proses ambik jubah di DATC UiTM Shah Alam. Queue bapak panjang. Nasib baik sempat ambil sebelum hujan. Hoho
Sebelum tu, aku, aesya dan najwa sempat pergi ke pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15. Ada jualan gudang buku. Lagipun kita orang nak jalan- jalan sebelum pergi ambil jubah. Hoho dating sesama member.
Jualan gudang Karangkraf ni start hari ni, 30 November 2012 sampailah hari ahad, 2 Disember 2012.




MURAH GABAN BUKU- BUKU KAT SANA

Serius. Aku dah caps tu. Bila aku tengok buku tebal- tebal dengan harga rm5 wallet nipis aku macam tiba- tiba jadi tebal. Ajaib sungguh. Tu baru buku yang tebal. Yang nipis, alahai. Murahnya.
Aku macam teringin juga beli buku penanaman- penanaman sayuran ni. Ada penanaman cili, penanaman terung, keladi. Syok woo. Aku dah la serupa petani moden dah semenjak jobless lepas habis sem hari tu. Murah- murah dan melambak-lambak pula tu.

Novel pun murah- murah juga. Ada yang 50%, 30%. Aku tengok novel- novel ni. Erk. Pening aku tengok buku tebal- tebal tak ada gambar ni. 

TAPI

Bila aku tengok queue cashier, aku terus tak jadi beli. *padahal masuk-masuk gudang je terus nampak cashier full. Kih3  Ramai gaban. Dah macam kat Popular masa dapat baucar dulu. Tu pun ade ampun lagi sebab ada air-cond. Kalau tak pun. Bayangkan scene di GSC Mid Valley hari ahad. Yeap yeap.

Ada la bebarapa gambar untuk menggambarkan keadaan kat sana.











So sila la berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf. Sampai hari ahad je tau! Lepas hari ahad nanti dah tak murah dah. Dinasihatkan untuk parking kat dalam terus. Kita orang tadi poyo je park jauh- jauh. Bajet tak ada parking. Padahal depan gudang tu terang- terang ade lebih kurang 10 spot kosong lagi =.='' nasib baik tak parking luar. Oh ya. Kad kredit boleh pakai di sana ^^. 

2 comments:

kisah lalu said...

you both look so 'jangok' la. hihihi

Che akira said...

baru google td. jangok=d melaram, berhias, fashionista. ngaaaa malu2.