Friday, July 29, 2011

Practical training kite dah habis.


Awal awal datang sini aku tak kenal sape kau. sape kau dan sape kau.
Aku sorang. forever alone.
Seminggu. kerja aku pergi library baca buku. lepak. tido. melompat dengan gembira.
Lepas seminggu aku start rapat dengan korang. walaupun aku sorang je perempuan time tu yang lepak dari masuk kerja sampai balik dengan korang. 
Lepas tu datang lagi sorang. sorang dan sorang. yey. kite complete kawan se practical ^^
Kemudian aku kene pindah blok. berpecah la kite. pasni kalau aku rindu aku datang melawat.
Pindah blok. bertiga. dan aku kembali jadi bunga solo kat blok. sorang jek perempuan.
Buat kerja. buat kerja. buat kerja.
Aku kenal teamwork. aku kenal bersungguh sungguh. aku kenal rasa mengantuk bila petang. aku kenal rasa frust bila kerja tak menjadi dan kene redo work.
Lepas sebulan setengah. bunga solo di blok sana da nak habis. sedih tak terasa sangat sebab kita kenal sebulan lebih je.
Lepas dua bulan. aku dapat tahu aku kene extend practical training di sini. aku frust. korang suke. 
Lagi sebulan. dapat member baru. padahal memula aku masuk sini aku dah nampak kau. aku bukan bunga solo lagi. yey. tapi kenapa lepas dua bulan baru kite rapat?
Kitorang berempat kini. serangkai tambah satu. kalau nak tambah yang lagi dua boleh jugak. jadi enam.
Makan sama sama. buat kerja sama sama walaupun projek lain lain. tengok movie masa lunch pon sama sama. dengan satu laptop tu.
Lepas dua bulan setengah aku kembali jadi bunga solo. member baru tadi dah habis practical. sedih bukan kepalang. dia kembali ke perak. tinggal la tiga serangkai di opis ni kembali.
Kini dah nak habis practical. kawan di blok lama pun dah nak habis. hari ni. kembali sedih bukan kepalang. kau la sahabat. banyak jasa kau. aku janji aku akan selalu bukak wiki.
Lagi seminggu. lepas ni lagi dua orang pulak habis practical. aku habis practical dua hari selepas.
Mesti lagi sedih. aku kembali forever alone.

dulu kite camni^^

sekarang aku dah macam hachi. loneleeeeeeyyyyy~