Friday, July 29, 2011

Practical training kite dah habis.


Awal awal datang sini aku tak kenal sape kau. sape kau dan sape kau.
Aku sorang. forever alone.
Seminggu. kerja aku pergi library baca buku. lepak. tido. melompat dengan gembira.
Lepas seminggu aku start rapat dengan korang. walaupun aku sorang je perempuan time tu yang lepak dari masuk kerja sampai balik dengan korang. 
Lepas tu datang lagi sorang. sorang dan sorang. yey. kite complete kawan se practical ^^
Kemudian aku kene pindah blok. berpecah la kite. pasni kalau aku rindu aku datang melawat.
Pindah blok. bertiga. dan aku kembali jadi bunga solo kat blok. sorang jek perempuan.
Buat kerja. buat kerja. buat kerja.
Aku kenal teamwork. aku kenal bersungguh sungguh. aku kenal rasa mengantuk bila petang. aku kenal rasa frust bila kerja tak menjadi dan kene redo work.
Lepas sebulan setengah. bunga solo di blok sana da nak habis. sedih tak terasa sangat sebab kita kenal sebulan lebih je.
Lepas dua bulan. aku dapat tahu aku kene extend practical training di sini. aku frust. korang suke. 
Lagi sebulan. dapat member baru. padahal memula aku masuk sini aku dah nampak kau. aku bukan bunga solo lagi. yey. tapi kenapa lepas dua bulan baru kite rapat?
Kitorang berempat kini. serangkai tambah satu. kalau nak tambah yang lagi dua boleh jugak. jadi enam.
Makan sama sama. buat kerja sama sama walaupun projek lain lain. tengok movie masa lunch pon sama sama. dengan satu laptop tu.
Lepas dua bulan setengah aku kembali jadi bunga solo. member baru tadi dah habis practical. sedih bukan kepalang. dia kembali ke perak. tinggal la tiga serangkai di opis ni kembali.
Kini dah nak habis practical. kawan di blok lama pun dah nak habis. hari ni. kembali sedih bukan kepalang. kau la sahabat. banyak jasa kau. aku janji aku akan selalu bukak wiki.
Lagi seminggu. lepas ni lagi dua orang pulak habis practical. aku habis practical dua hari selepas.
Mesti lagi sedih. aku kembali forever alone.

dulu kite camni^^

sekarang aku dah macam hachi. loneleeeeeeyyyyy~

Thursday, July 21, 2011

super junior dan sleepyhead

Assalamualaikum w. b. t

ok. memule sekali. 

WEEEEHUUUUUUUUU~~~

super junior 5jib is coming yo! *intro lagu Rain. heee~ ahh~~


thanks google ^^


oho. bende ni da lama dah. aku je lambat posting haha. nak tunggu berasap blog baru pikir nak post ape ngeh ngeh ngeh

oh ye. selain aku excited dengan bakal kemunculan lagu baru super junior ini. aku juga ingin menegaskan ye kawan kawan.. mim nun ga sin kap nun. hoho. menegaskan. bahawa.


ye. AKU NGANTUK MELAMPAU. esok lecturer datang nak evaluate aku! So aku kene prepare elok elok mantop mantop supaye dapat banyak 5. hoho

so semoga berjaya untuk diri aku ye. ^^

Sunday, July 17, 2011

Semalam~

Assalamualaikum w.b.t.
and howdy! heee

post kali ni aku start dengan sebuah nasyid ^^

Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,
Dalam sujud menyerah pada Ilahi,
Pada kebesaran dan keagunganNya,
Pada Al-Quran, pada Al-Furqan,
Kitab panduan muslimin dan muslimat.

haa.. korang tau tak semalam, 16 Julai 2011 telah bermula nya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-53.  Semalam perasmian. so aku skip. nenek aku yang tengok. *padahal pi floria semalam sampai tengah malam tak hingat.

Sekarang ni *masa aku typing post ni. qari Filipina. dorang rank no 3  tahun lepas tengah perform. So far sedap gak bacaan dia. best best.

Oh ye, semalam juga, adalah Nisfu Syaaban! harap harap korang baca yasin banyak banyak malam semalam ^^ aku tak ley huhu
.
.
.
.
heeeee semalam aku pergi Floria!

  • ni member aku ^^. selalu temankan aku kalo nak pi area Putrajaya. sebab aku buta jalan. huuu


 ni putrajaya punye kapal berhias. haha cun ooo

gila lama tak tengok fireworks. ^^

ni bapak aku yang snap. mentang2 ade aweks. =.=''
malas nak watermark gambo. tapi all pics are credited to me. 

best oooo. banyak bunga boleh tengok. banyak jugak bunga kene pijak. huhu.
hmm aku nak promote suruh datang, hari ni last pulak. hoho. so tunggu la next year ey? heheheheheehehe

so long, selamat tinggal ^^


Saturday, July 9, 2011

lone ranger



gambar rembat google. aku edit words je. ^^


howdy peeps!

huhu hari ni gua rasekan something la. rase pe ni tak best sungguh.

gua rindu ketat sama sahabat-sahabat dan orang tersayang gua.

dan gua tak tau la nape sume ini berlaku kepada diri ini? haha dramatik pulak.

tapi taper la. sabo je. lagi dua bulan je beb! =.='' dua bulan tu lame la che akira oii

so untuk dua bulan ni.. lets see
sebulan aku kene practical lagi. nasib baik ade geng. tak la lonely sangat huuhu.
sebulan lagi pose kat rumah. aaaaaaa forever alone.

HOHO.

and yeap that's it.


aku rase aku terlebih makan belacan kot hari ni.=.='''

Wednesday, July 6, 2011

Ulat Bulu panjat dinding

Assalamualaikum w.b.t

memule sekali. APEKAH TAJUK???? haha

kalau tuan hamba nak tahu, sejak 2 minggu yang lepas, rumah patik ni kerap di kunjungi sejenis haiwan berbulu-banyak kaki- hitam-kategori insect-makan daun-spesis ulat berambut-whatthefish membebel 

=> ULAT BULU

Ikhsan blog ToMkuU. Aku malas nak snap pic so aku rembat ni through google.^^ 

hoho walaupon aku copy je pic ni tapi same ar jugak criteria die ngan ulat bulu kat umah aku ni.

dia hitam
dia  banyak bulu
dia panjang 
dia jalan tak pakai kaki
dan

dia ulat bulu

tapi kan, ulat bulu ni macam tak pernah blah la dari umah aku. for the last 2 week ade je menatang ni kat dapur la, kat hall, kat jamban laaa. hadus.

bile buang, die datang balik. buang, datang balik. aku rase dia leave mark la kat umah aku ni. boleh sense balik kalo tercampak kat mana mana. hmm.
kene pakai UV lights macam dalam CSI kot. nak detect mark die dan cuci balik.hmm betul. betul laa. harus beli tools macam tu. haha

sekarang pun ade lagi. kat toilet. aku da malas nak buang. kang datang lagik. malas. lantak ko la nak golek golek ke,  nak mating ke, nak tawaf satu rumah ke. sila la. jangan ko meliuk lentuk kat badan kitorang sudah ea.


heh.



erm. itu je kot ape yang aku nak kongsi. hehe.

p.s : macam mane kalo ulat bulu tu sebenarnya robot elektronik yang spy kitorang? atau spy aku? haha. berangan.

Sunday, July 3, 2011

BEAST onstage Malaysia 2011, gatal punye fanmeet.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan suka cita dan rasa bangga nya!! Aku nak bagitau yang aku telah pun menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon kelmarin untuk bertemu dengan jejaka-jejaka kacak nak mamp-badan ketul-rambut cun-sore best iaitu

BEAST!!!!

hoho. 3 cheers for my luck ey! hip hip hoooreyy! kenape aku tulis 'luck'? haaaaaaa

semua ini bermula malam khamis. satu hari sebelum fanmeet tersebut.

pada pukul 9.00 malam

member mak che akira : assalamualaikum! oit che akira, ko minat kan menatang alah korea2 ni. nak pi x konsert BEAST? akak ade 2 tiket free ni. nak ke tanak. nak ke tanak?

che akira : apekah ini. NAKKKKKKKKKKKKKKK.

member mak che akira : oh kalo gitu kang akak datang umah ea nak bagi.

che akira : ohhhhh sila silaaa!!!

dan aktiviti seterusnya ialah aku yang melompat-lompat keriangan yg patut di cencored kalo ade orang rakam. he he he


tuuu dia tiket free aku. ade 2. so aku ajak member aku, ADIY. Adiy ni mane aku pi pon ikut je. hehehee terbaik la Adiy ni!

fan meet ni mula pukul 8.30 malam. aku sampai pukul 9.00mlm. haha gile star. da la ade lucky draw, sape yg menang dapat jumpe beast. closing time for the lucky draw tu plak ialah pada pukul 8.30mlm. =.="" tak dapek den nak nolong nye.



haha. Adiy mintak petak kan muka dia. tapi aku starkan. hhahaha. ngee. 

MC die speaks multilanguage ok. hangul, bm, english, mandarin, cantonese, and rojak. haha


tetibe aku rase jauh plak seat aku. tapi kat sane rase dekat! hoho


hehe. *pic sume ikhsan Adiy. 

oh ye nak bagitau. 5 daripada 6 orang pemenang lucky draw tu, selain dapat bertepuk tampar ngan jejaka-jejaka idaman sanubari tu, diorang dapat handphone. HANDPHONE ok. bertuah nye. yang sorang lagi, dapat AIR PURIFIER BERHARGA RM1,200 *kalo tak silap  gile la kau bertuah cek kak oiii. siap sign by dongwoon lagi ok.

haih. BEAST nyanyi 9 buah lagu.sikit je.  well ini fan meet bukan konsert. what do you expect?

so, fan meet ni habis pukul 10.15 mlm camtu. pas habis terus balik n lepak medan selera. haha lapar kot. balik kerja terus pi shah alam tak makan sume. huuu. dari shah alam ke sunway plak rushing baek punyeee. hoho

haa aku cite sket macam mane mamat mamat BEAST ni atas stage.

Dujun = kelakar beb. lawak gile. masa pronounce nama CHARLOTTE die sebut SYALOAD. sumpah lawak. banyak kali pulak tu.

Hyunseung = rambut comel. muke comel. kali ni die hyper sket. dulu masam je. saye sukeee~

Gikwang = kiki!!!~~ comel! suke time Fiction. tapi tak nampak kaki dorang sangat. huuuuu. nak tengok tarian penguin dorang depan depan

Joker = HARA! HARA! HARA! aku dengar tu je dari fans. =.=''

Dongwoon = hailoh hailoh cute nye. apekah ini. gile cute.

Yosoeb = aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gentlemen-hug girl malay tu byk kali- comel-skinship- aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

malam tu aku dapat tau harga tiket free yang kitorang dapat tu ialah RM 288. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. 
aku rase bertuah ok.
so siyes i'm glad aku tak bayar pape dan pegi fan meet itu. rata2 yang pi sane bayar RM100++ tau. hoho

ehem ehem.*behave. ok itu aje. sekian saje post minggu ini. terima kasih. hoho