Friday, November 30, 2012

Konvo! Konvo! Weee~


yeay i'm graduating!



Jualan Gudang Karangkraf yang murah murah!


Assalamualaikum w. b.t

Alhamdulillah. Tadi settle sudah proses ambik jubah di DATC UiTM Shah Alam. Queue bapak panjang. Nasib baik sempat ambil sebelum hujan. Hoho
Sebelum tu, aku, aesya dan najwa sempat pergi ke pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15. Ada jualan gudang buku. Lagipun kita orang nak jalan- jalan sebelum pergi ambil jubah. Hoho dating sesama member.
Jualan gudang Karangkraf ni start hari ni, 30 November 2012 sampailah hari ahad, 2 Disember 2012.




MURAH GABAN BUKU- BUKU KAT SANA

Serius. Aku dah caps tu. Bila aku tengok buku tebal- tebal dengan harga rm5 wallet nipis aku macam tiba- tiba jadi tebal. Ajaib sungguh. Tu baru buku yang tebal. Yang nipis, alahai. Murahnya.
Aku macam teringin juga beli buku penanaman- penanaman sayuran ni. Ada penanaman cili, penanaman terung, keladi. Syok woo. Aku dah la serupa petani moden dah semenjak jobless lepas habis sem hari tu. Murah- murah dan melambak-lambak pula tu.

Novel pun murah- murah juga. Ada yang 50%, 30%. Aku tengok novel- novel ni. Erk. Pening aku tengok buku tebal- tebal tak ada gambar ni. 

TAPI

Bila aku tengok queue cashier, aku terus tak jadi beli. *padahal masuk-masuk gudang je terus nampak cashier full. Kih3  Ramai gaban. Dah macam kat Popular masa dapat baucar dulu. Tu pun ade ampun lagi sebab ada air-cond. Kalau tak pun. Bayangkan scene di GSC Mid Valley hari ahad. Yeap yeap.

Ada la bebarapa gambar untuk menggambarkan keadaan kat sana.











So sila la berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf. Sampai hari ahad je tau! Lepas hari ahad nanti dah tak murah dah. Dinasihatkan untuk parking kat dalam terus. Kita orang tadi poyo je park jauh- jauh. Bajet tak ada parking. Padahal depan gudang tu terang- terang ade lebih kurang 10 spot kosong lagi =.='' nasib baik tak parking luar. Oh ya. Kad kredit boleh pakai di sana ^^. 

Jakun akan DL

Assalamualaikum. weeee hello there long time no ngapdate. hoho

when i saw Adiy's blog update about this anugerah saintis muda, i was pulled to show off too. hehe bukan apa, aku JAKUN.

HAHA

Orait. pada yang tak tahu. *bajet org nak ambil tahu.
Anugerah Saintis Muda ni Anugerah Dekan Fakulti.

GET IT?

kenapa aku tulis aku JAKUN? hehe. sebab ni la first aku dapat DL.
aku dapat DL sem 6. haha dari 3 tahun = 6 sem aku belajar kat UiTM Shah Alam, ni la satu- satunya aku dapat anugerah. sedih jugak rasanya. haha tetiba.

member aku siap malas nak pergi lagi. almaklumla budak dekan tiap sem. bagi aku yang first time DL ni, inilah masanyaaaaaa.. ahahaaa poyo lebih.



p/s: aku rasa penulisan aku hampagas sejak kebelakangan ini. dan aku rasa post ni sangat syok sendiri. i'm sorry. ngee

Saturday, November 10, 2012

Always



It was always you
Falling for me
Now there's always time
Calling for me
I'm the light
Blinking at the end of the road
Blink back to let me know





Saturday, September 1, 2012

salam aidilfitri dan salam kemerdekaan ke- 55

assalamualaikum. agak terlambat. dah. dah 14 syawal pon hah. hahaa

SALAM LEBARAN AIDILFITRI
DAN
SALAM MERDEKA^^


raya, raya gak. mesti ramai yang dah melantak macam macam kan belas2 syawal ni. sampai perut tu memang dah tak terkejut la disogok ngan makanan yang sedap sedap tu. 
tapi, sila la ingat pada mereka yang beraya ngan bom, ak-47, guns n weapons tu. dorang tu x de feel dah agaknya  nak happy happy sempena aidilfitri ni. huhu


sesetengah mereka masih belum merdeka.


Thursday, June 14, 2012

=.=




Fed up.
Uhh memang fed up. Perasaan yang tak habis habis dan tak hilang hilang sejak 3 bulan lepas. Sebab hal tu setiap kali aku fikir aku akan mengeluh. Mengeluh tu tak baik tau. Tak pasal pasal carbon dioxide bertambah kat Malaysia sebab aku mengeluh sentiasa.

Salah.
Banyak kot salah aku. Sampai semuanya tak sebelah aku langsung. Aku agak la. Tak tenang dibuatnya. Bak kata group jambu tu ape pon tak boleh. Mungkin patut lebih berusaha. Yelah. No pain no gain kan. Lebih pain dari gain ni. Aku agak la.

Menyesal.
Menyesal tak aim awal awal apa yang aku nak. Menyesal tak nampak apa yang aku nak. Menyesal ni. Menyesal tu. Menyesal there there there. Menyesal sebab aku dah habiskan masa kat benda yang tak sepatutnye. Menyesalnye!

Apa yang nak aku buat sekarang ni.
Siapkan ape yang tertinggal. Fokus. Dan siapkan semuanya sekali.