Friday, December 14, 2012

Officially a degree holder ^^


Assalamualaikum! yeayyy sudah grad dengan jayanya!
I am officially a degree holder in Physics.
Aku grad on 6th December 2012. Istiadat ke 21. 2nd last tahu. haha

erm. bajet la ni. sila hirau.

7th December 2012.
Aku ke UiTM lagi sebab nak pulangkan jubah dan snap gambar mane boleh la. Seronok jumpa kawan- kawan lagi. Uhuk. Nangis la aku pasni. Dah tak jumpa mereka dah.
Memula aku meet up dengan Aesya Zealous . Sian die sorang- sorang pi tangkap gambar backdrop tu. Sungguh cekal dirimu sahabat. 
Lepas pulangkan jubah, hang out ngan beliau kat kedai D'Hati. Aisey nostalgia la kedai tu. Bak kata Aesya, kedai tu charge orang based on appearance. Orang badan besar je kene mahal. Cet apekah.
Dan bile aku nak pulang, beliau hadiahkan aku ni


DOMO-KUN!!!


 

Yang belah kiri tu patung yang sekali ngan bunga ayah bagi time konvo semalamnye. Hee dorang bole jadi kawan. Sama besar je dorang ni hehe. 


Ok fine. Domo-kun sama besar dengan muka aku. ouhhh



Motif ade kucing? haha. Ntah. Die yang tetibe baring situ.

So terima kasih kat Aesya sebab bagi gift yang comel ni. hee..
Sebenarnya dia ada jual Domo-kun 3D ni kat blog dia yang lagi satu
Barang yang dia jual comel comel n murah murah tau. Yang terbaru die buat phone case and camera case. Comel dowh. Warna warni. Meriah kalo nak bagi gift untuk orang atau untuk diri sendiri. Die buat handmade sementara tak ada kerja lagi. haha. Murni niatnya haha.

So again. Thank you Aesya Zealous and also happy graduation to you too^^

P/s: jangan marah ek cik aesya. nanti kebaya tak muat. ngeh3








Friday, November 30, 2012

Konvo! Konvo! Weee~


yeay i'm graduating!



Jualan Gudang Karangkraf yang murah murah!


Assalamualaikum w. b.t

Alhamdulillah. Tadi settle sudah proses ambik jubah di DATC UiTM Shah Alam. Queue bapak panjang. Nasib baik sempat ambil sebelum hujan. Hoho
Sebelum tu, aku, aesya dan najwa sempat pergi ke pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15. Ada jualan gudang buku. Lagipun kita orang nak jalan- jalan sebelum pergi ambil jubah. Hoho dating sesama member.
Jualan gudang Karangkraf ni start hari ni, 30 November 2012 sampailah hari ahad, 2 Disember 2012.




MURAH GABAN BUKU- BUKU KAT SANA

Serius. Aku dah caps tu. Bila aku tengok buku tebal- tebal dengan harga rm5 wallet nipis aku macam tiba- tiba jadi tebal. Ajaib sungguh. Tu baru buku yang tebal. Yang nipis, alahai. Murahnya.
Aku macam teringin juga beli buku penanaman- penanaman sayuran ni. Ada penanaman cili, penanaman terung, keladi. Syok woo. Aku dah la serupa petani moden dah semenjak jobless lepas habis sem hari tu. Murah- murah dan melambak-lambak pula tu.

Novel pun murah- murah juga. Ada yang 50%, 30%. Aku tengok novel- novel ni. Erk. Pening aku tengok buku tebal- tebal tak ada gambar ni. 

TAPI

Bila aku tengok queue cashier, aku terus tak jadi beli. *padahal masuk-masuk gudang je terus nampak cashier full. Kih3  Ramai gaban. Dah macam kat Popular masa dapat baucar dulu. Tu pun ade ampun lagi sebab ada air-cond. Kalau tak pun. Bayangkan scene di GSC Mid Valley hari ahad. Yeap yeap.

Ada la bebarapa gambar untuk menggambarkan keadaan kat sana.











So sila la berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf. Sampai hari ahad je tau! Lepas hari ahad nanti dah tak murah dah. Dinasihatkan untuk parking kat dalam terus. Kita orang tadi poyo je park jauh- jauh. Bajet tak ada parking. Padahal depan gudang tu terang- terang ade lebih kurang 10 spot kosong lagi =.='' nasib baik tak parking luar. Oh ya. Kad kredit boleh pakai di sana ^^. 

Jakun akan DL

Assalamualaikum. weeee hello there long time no ngapdate. hoho

when i saw Adiy's blog update about this anugerah saintis muda, i was pulled to show off too. hehe bukan apa, aku JAKUN.

HAHA

Orait. pada yang tak tahu. *bajet org nak ambil tahu.
Anugerah Saintis Muda ni Anugerah Dekan Fakulti.

GET IT?

kenapa aku tulis aku JAKUN? hehe. sebab ni la first aku dapat DL.
aku dapat DL sem 6. haha dari 3 tahun = 6 sem aku belajar kat UiTM Shah Alam, ni la satu- satunya aku dapat anugerah. sedih jugak rasanya. haha tetiba.

member aku siap malas nak pergi lagi. almaklumla budak dekan tiap sem. bagi aku yang first time DL ni, inilah masanyaaaaaa.. ahahaaa poyo lebih.



p/s: aku rasa penulisan aku hampagas sejak kebelakangan ini. dan aku rasa post ni sangat syok sendiri. i'm sorry. ngee

Saturday, November 10, 2012

Always



It was always you
Falling for me
Now there's always time
Calling for me
I'm the light
Blinking at the end of the road
Blink back to let me know





Saturday, September 1, 2012

salam aidilfitri dan salam kemerdekaan ke- 55

assalamualaikum. agak terlambat. dah. dah 14 syawal pon hah. hahaa

SALAM LEBARAN AIDILFITRI
DAN
SALAM MERDEKA^^


raya, raya gak. mesti ramai yang dah melantak macam macam kan belas2 syawal ni. sampai perut tu memang dah tak terkejut la disogok ngan makanan yang sedap sedap tu. 
tapi, sila la ingat pada mereka yang beraya ngan bom, ak-47, guns n weapons tu. dorang tu x de feel dah agaknya  nak happy happy sempena aidilfitri ni. huhu


sesetengah mereka masih belum merdeka.